Selasa, 18 Julai 2017

DASAR KELAYAKAN SPBT

DASAR KELAYAKAN SPBT



Pemberian pinjaman buku teks SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.  Dasar kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT.        



Pada 7 September 2007,  Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan