Selasa, 18 Julai 2017

Sejarh BOSS SMK KAI CHUNG

Sejarah Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)



             Seiring dengan penubuhan SMK Kai Chung, unit pengurusan buku teks telah diwujudkan bagi membantu agihan buku teks kepada murid-murid.  Pada mulanya, Bilik  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) hanya berfungsi sebagai stor buku SPBT dan ia hanya mempunyai beberapa rak buku sahaja.  Bermula tahun 2007, bilik SPBT telah dinaik tarafsebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).  BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.  Rak buku dan sebuah komputer telah dibekalkan oleh pihak Lembaga Pengurusan Sekolah. 

            Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT) ke sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.  Tempat simpanan buku teks yang terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah.

            Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, pihak SMK Kai Chung sentiasa berusaha menguruskan BOSS dengan efisien.  BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT.  BOSS SMK Kai Chung mempunyai kemudahan asas seperti berikut:

·         Rak buku
·         Meja dan kerusi
·         Kipas
·         Alat pemadam api
·         Kawalan haiwan/ serangga perosak
·         Kabinet/ almari fail
·         Papan kenyataan
·         Kaunter
·         Peti kecemasan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan