Selasa, 18 Julai 2017

LATAR BELAKANG SPBT SMKKC

LATAR BELAKANG 



           Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Program ini mula dilaksanakan pada tahun 1975 dan terhad kepada murid yang ibu bapa atau penjaga mereka warganegara Malaysia sahaja.

            Sejak dilaksanakan pada tahun 1975, skim ini telah diurus secara sentralisasi oleh Bahagian Buku Teks (BBT) sehingga tahun 1997.  Pelaksanaan secara sentralisasi ini bermaksud semua pengurusan, keperluan, pemesanan dan pembayaran buku teks SPBT dikendalikan oleh BBT.


            Oleh sebab pengurusannya semakin kompleks dan meluas, mulai tahun 1998, skim ini diuruskan secara desentralisasi.  Mengikut sistem ini, tugas seperti pengurusan kewangan, pengurusan pesanan dan pembayaran tuntutan telah diperturunkan kuasa kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).  Walau bagaimanapun, sebagai pengawal tugas-tugas berkenaan, BBT masih menyelaras, mengawal dan memantau pelaksanaannya di semua peringkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan