Selasa, 18 Julai 2017

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

LATAR BELAKANG

Bagi melaksanakan pengurusan SPBT yang cekap dan efisien, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam tugas-tugas pengawasan dan penyeliaan terhadap pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

            Pengurusan dan pelaksanaan SPBT memerlukan persefahaman dan kerjasama yang erat di semua peringkat pengurusan iaitu Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.  Setiap peringkat pengurusan hendaklah berperanan secara efisien selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.


PERANAN SEKOLAH

Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Untuk memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancar dan efisien, personel yang terlibat dengan program SPBT wajar melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.


            Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran (PK Pentadbiran), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Penolong Kanan Kokurikulum (PK Kokurikulum), Penyelaras SPBT, Penyelaras Tingkatan, Guru Tingkatan, pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA

Pengetua merupakan pelaksana utama dasar-dasar berkaitan SPBT di sekolah dan
Pengetua hendaklah menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pengurusan dan pelaksanaan SPBT kepada semua guru, staf sokongan sekolah, murid serta ibu bapa/ penjaga.



Pengetua mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
(a)    Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) serta kelengkapan, fail, buku stok, cop SPBT, borong-borang maklumat yang berkaitan.
(b)   Menubuhkan Jawatankuasa SPBT Sekolah.
(c)    Bertanggungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.
(d)   Melantik Penyelaras SPBT dan AJK Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
(e)    Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Sijil Akuan Penerimaan/ Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskhah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460).
(f)    Mengeluarkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT semasa ketiadaan pihak Pentadbir Sekolah dan Penyelaras SPBT.
(g)   Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT di sekolah.
(h)   Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa.
(i)     Mengesahkan buku stok SPBT yang ditutup pada 31 Disember setiap tahun.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK HEM)

PK HEM bertanggungjawab membantu Pengetua dalam pengurusan dan pelaksanaan program SPBT di sekolah.

            PK HEM mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
(a)    Berperanan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan SPBT sekolah.
(b)   Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.
(c)    Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Penyelaras SPBT.
(d)   Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah.
(e)    Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT.
(f)    Memastikan semua maklumat dan data yang dikemukakan kepada PPD adalah benar dan tepat.
(g)   Menyemak buku stok SPBT yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
(h)   Menjalankan pemeriksaan fizikal buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa.
(i)     Melaporkan lebihan/ kekurangan buku teks SPBT di sekolah kepada PPD/ JPN.
(j)     Membuat tindakan susulan terhadap teguran, aduan atau laporan berhubung dengan pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS SPBT
Penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah.  Oleh itu, Penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah. 
                Tugas dan tanggungjawab Penyelaras SPBT adalah seperti yang berikut:
(a)    Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks
(i)     Menghayati, mematuhi dan melaksanankan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
(ii)   Mendapat dan merumuskan data enrolmen murid daripada pihak sekolah.
(iii) Melaporkan masalah berkaitan dengan SPBT kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya.
(b)   Penentuan Keperluan Buku Teks
(i)     Mendapatkan data enrolmen murid yang tepat.
(ii)   Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
(iii) Merujuk Pengetua tentang pembukaan / penutupan kelas dan penawaran mata pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks.
(i)     Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui guru kelas.
(ii)   Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks.
(iii) Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Penerimaan Buku Teks.
(iv) Mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan / dihilangkan oleh murid.
(b)   Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
(i)     Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).
(ii)   Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa SPBT Sekolah.
(iii) Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima dan yang disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke semasa.
(iv) Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa.
(v)   Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
(c)    Kelab SPBT
(i)     Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
(ii)   Menjadi guru penasihat Kelab SPBT sekolah.
(iii) Membimbing pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN
Guru Tingkatan berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan kepada semua murid warganegara. Guru Tingkatan wajar memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT serta menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT.

            Guru Tingkatan mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti yang berikut:
(a)    Bekerjasama dengan Penyelaras SPBT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah.
(b)   Mengagih atau mengumpul semula buku teks SPBT kepada/ daripada murid.

(c)    Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT daripada murid.
(d)   Memastikan murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada cap SPBT dalam buku teks SPBT.



PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA/ PENJAGA
Ibu bapa/ penjaga seharusnya memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT dalam kalangan anak/ tanggungan mereka.

            Ibu bapa/ penjaga mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti yang berikut:
(a)    Memastikan buku teks SPBT yang dipinjam oleh anak/ tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
(b)   Menggantikan buku teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/ tanggungan.
(c)    Memastikan anak/ tanggungan membawa buku teks SPBT ke sekolah dan menjaga keselamatan buku teks SPBT dengan baik.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID
Murid seharusnya mempunyai sikap tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara:
(a)    Membalut buku teks SPBT.
(b)   Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.
(c)    Mengembalikan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
(d)   Menggantikan buku teks yang hilang/ rosak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan